Hantu :DD
Wednesday, June 8, 2011 ϟ 11:05 AM ϟ 0 sweets
Hantu
(Tulisan Jawi: هنتو) pada asasnya terbahagi kepada dua jenis, iaitu:-

- Merupakan sejenis makhluk alam ghaib yang wujud dalam alam yang berlainan dengan alam fizikal manusia. Menurut Islam , roh orang yang mati tidak lagi tinggal di bumi, oleh itu hantu adalah jin yang mengganggu manusia

- Merupakan sejenis kewujudan tanpa fizikal seseorang yang mati. Ia sering dianggap sebagai roh atau semangat seseorang yang kekal di bumi selepas mati. Menurut sesetengah sumber, hantu merupakan personaliti seseorang selepas kematian mereka, dan tidak terikat secara langsung kepada semangat atau roh. Setiap kebudayaan di dunia mempunyai cerita hantu tersendiri, tetapi ia berlainan menurut masa dan tempat, dengan percanggahan mengenai apakah hantu dan samaada ia adalah khayalan atau sebahagian alam semulajadi.

Hantu seringkali digambarkan sebagai bersaiz dan berbentuk manusia (walaupun sesetengah gambaran menyebut hantu haiwan), tetapi biasanya digambarkan sebagai "berkilauan", "berbayang", "lutsinar", "seperti kabus", atau seumpamanya. Hantu tidak mempunyai tubuh kasar seperti manusia, hanya bayangan badan (astral body). Kadang kala ia tidak nampak dilihat tetapi dalam fenomena lain seperti pergerakan objek, lampu terpasang atau tertutup dengan sendiri, bunyi, dll, yang tidak mempunyai penjelasan logik.

Hantu merupakan kepercayaan mengenai makhluk halus yang wujud di dalam alam lain yang terdapat dalam semua kebudayaan dalam dunia ini. Dalam masyarakat Melayu hantu, semangat, jembalang atau penunggu telah wujud sejak zaman animisme lagi. Ketika itu semua benda besar seperti pokok atau batu yang besar dianggap didiami jin penunggu yang perlu dijaga dengan baik agar jin tersebut tidak mengamuk dan membahayakan penduduk sekitar. Malahan jamuan makanan atau acak disediakan oleh seseorang yang berpengalaman yang dikenali sebagai pawang bagi memastikan penunggu tersebut pula membantu penduduk daripada serangan wabak penyakit dan musuh tanaman. Amalan ini masih kekal dikalangan penduduk asli yang masih mengamalkan kepercayaan animisme.

Dengan kedatangan agama Hindu dan Buddha, konsep penunggu dan jembalang diubah menjadi konsep dewa-dewa yang mendiami tempat-tempat tertentu. Bagi menghormati dewa-dewa ini, kuil-kuil dibina ditempat-tempat tersebut dengan tujuan pemujaan bagi mendapatkan per. Keadaan ini tidak berubah dengan kedatangan orang-orang Cina yang juga mendirikan tokong kecil di bawah pokok atau tempat tertentu bagi mendapatkan bantuan tuah kepada mereka.


Mengapa hantu

Hantu wujud dalam minda Melayu sebagai satu penjelasan mengenai perkara-perkara yang tidak difahami atau diketahui. Contohnya :

  • Mengapa seseorang itu sakit mengejut pada hal sebelum ini kelihatan sihat sebelum berpindah ?
  • Mengapa pokok besar dan berakar songsang itu berbunyi pada waktu malam ?.
  • Mengapa sesebuah rumah itu ditinggalkan oleh penghuninya, dan orang yang baru berpindah masuk tidak kekal lama. Ada bunyi orang mengilai .
  • Mengapa kawasan kubur seperti ada sesuatu bergerak dan berbunyi pada waktu malam.
  • Mengapa mayat seseorang dijumpai berkecai-kecai ketika berladang. (Akibat haiwan buas?)

Mungkin orang Melayu hendak menakutkan anak-anaknya janganlah keluar waktu malam atau waktu maghrib. Mungkin cerita hantu mudah direka dan menjadi hiburan pada waktu malam.

Ciri-ciri umum

Pada umumnya orang-orang Melayu percaya hantu menjalankan aktivitinya pada waktu malam sahaja khususnya ketika bulan mengambang. 99 % hantu dalam masyarakat Melayu terdiri daripada perempuan atau menyerupai perempuan. Hantu dalam masyarakat Melayu adalah untuk ditakuti, bukan untuk didekati.

Berdasarkan gambaran umum (tidak semestinya tepat kebenarannya),kebanyakan hantu ini matanya merah, pada mulutnya merah kesan-kesan darah. Mulutnya penuh dengan gigi yang tajam bercerancang, berwarna merah, selalunya selepas menghisap darah.

Jenis-jenis hantu

Ada pelbagai jenis hantu atau makhluk yang dianggap hantu ini . Munsyi Abdullah dalam Hikayat Abdullah telah lama mempertikaikan kepercayaan karut orang Melayu ini. Antara jenis-jenis kelompok hantu-hantu ini adalah :

  1. Pontianak/ Puntianak/ Kuntilanak
  2. Polong
  3. Toyol
  4. Pelesit
  5. Hantu Air/ Hantu Laut
  6. Hantu Raya
  7. Hantu Bungkus/ Pocong/ Hantu Punjut
  8. Langsuir
  9. Bota
  10. Bajang
  11. Bunian
  12. Hantu Jepun
  13. Hantu Bukit
  14. Hantu Kubur
  15. Pari-pari
  16. Jerangkung
  17. Hantu Galah
  18. Jin Tanah
  19. Hantu Keramat
  20. Hantu Kum-Kum
  21. Orang Minyak
  22. Puaka
  23. Penanggal / Hantu Tenggelong
  24. Hantu Bidai
  25. Hantu Kopek
  26. Harimau Jadian
  27. Jembalang Tanah

Jadi kewujudan paranormal pada zaman ini tidak dapat dinafikan sama sekali . Nery suka takut takutkan aku dengan benda alah neyy . So , beware dude :)) . Atas kepala you ada sekor tu


OLD ϟ NEW

Owner★

Welcome to my world.I'm a troublemaker so be careful here.




Crunchy Cream★

Entry

Credit★

Template By: Nurul Ain
Others: